Wednesday, January 27, 2010
CHAPTER 3 : INVESTMENT ANALYSIS
Tajuk 3 – Analisis Pelaburan
Analisis Fundamental
Definisi – Kajian mengenai nilai saham menggunakan data-data asas seperti perolehan, jualan dan lain-lain.
Asas ini menyatakan mana-mana sekuriti mempunyai nilai intrinsik . Dalam keseimbangan harga pasaran saham menggambarkan nilai intrinsic saham. Seorang pelabur yang mempunyai pengetahuan fundamental yang baik boleh membuat keuntungan dari perbezaan harga pasaran dengan nilai intrinsic dengan bertindak cepat sebelum harga pasaran diselaraskan dengan maklumat yang betul. Ahli Fundamental percaya bahawa data mereka dinilai dengan betul yang didapati dari penyata kewangan syarikat.
Analisis Fundamental melibatkan 3 aspek:-
i. Analisis Ekonomi
ii. Analisis Industri
iii. Analisis Syarikat.
Analisis Ekonomi
Analisis ini mengkaji ekonomi secara umum dengan memberi penekanan kepada pembolehubah yang mempengaruhi ekonomi sesebuah negara dalam tempoh tertentu . Sebagai contoh Keluaran Negara Kasar yang mengukur kadar pertuimbuhan ekonomi akan diambil kira dalam menentukan kedudukan dan prospek ekonomi Negara tersebut.
Dasar kewangan dan dasar fiscal kerajaan perlu diteliti kerana ia memberi kesan kepada bursa saham. Contohnya dasar kewangan yang ketat akan menyekat aliran pasaran modal dan menyebabkan kadar faedah naik. Sebaliknya dasar kewangan yang longgar akan membebaskan aliran pasaran modal dan menyebabkan kadar faedah turun.
Dasar fiskal adalah berkaitan dengan system percukaian kerajaan yang merupakan sumber hasil terbesar. Melalui dasar ini , kerajaan boleh merangsang pertumbuhan ekonomi dengan memberikan kredit pelaburan dan mengurangkan kadar cukai. Kerajaan juga boleh melembapkan pertumbuhan ekonomi dengan membekukan kredit pelaburan dan menaikkan kadar cukai.
Pembolehubah tersebut boleh mempengaruhi agregat ekonomi dan seterusnya membawa kesan yang ketara terhadap indusri dan syarikat. Dengan itu sebarang perkembangan yang dijangka akan berlaku boleh menjejaskan pergerakan harga saham di bursa saham.
Analisis Industri
Analisis industri dibuat selepas kajian ekonomi dilakukan. Analisis ini dikenali sebagai analisis sector kerana ia mengkaji sector-sektor ekonomi dalam tempoh tertentu. Dalam analisis industri memerlukan penganalis mengetahui pusingan hidup industri. Penganalisis perlu mengenalpasti tempoh mana syarikat berada.
Pusingan Hidup Industri
Terdapat 4 pringkat dalam pusingan hidup industri.
i. Peringkat Perintis (inovasi)
Pada peringkat ini berlaku pertumbuhan permintaan yang pesat terutamanya di kalangan masyarakat bersifat inovatif.Dengan itu tahap jualan terus meningkat dengan kadar pertumbuhan yang tinggi. Pada masa ini juga wujudnya peluang-peluang yang menarik syarikat luar untuk bersaing. Syarikat yang lemah akan terkeluar di peringkat awal lagi. Walau bagaimanapun penganalisis masih mengalami masalah untuk mengenalpasti syarikat yang mampu terus hidup dalam industri.
ii. Peringkat Perkembangan
Semua syarikat dalam industri yang telah mencapai peringkat ini menunjukkan kemampuannya untuk terus hidup. Pada peringkat ini tahap jualan adalah tinggi dengan kadar pertumbuhan yang sederhana.Pada masa ini industri memperbaiki mutu keluaran dan cuba menurunkan harga. Keadaan pasaran lebih stabil dan kukuh seta dapat menarik lebih ramai pelabur ke dalam industri.
iii. Peringkat Kestabilan/Kematangan
Peringkat ini menunjukkan tahap jualan yang masih tinggi tetapi kadar pertumbuhan yang lebih rendah. Semua keluaran lebih standard dan kurang inovatif di kalangan pengeluar. Pada masa ini juga terdapat banyak pesaing di pasaran dan menyebabkan kos adalah stabil atau hampir sama.
iv. Peringkat Kejatuhan
Pada peringkat ini kebanyakan syarikat mengalami kejatuhan tahap jualan yang menyebabkan perolehan syarikat juga jatuh dan boleh menyebabkan kerugian. Kebanyakan syarikat keluar dari pasaran. Bagaimanapun syarikat yang masih berada di pasaran adalah syarikat yang mempunyai pelanggan setia.
Implikasi peringkat industri kepada pelabur
i. Peringkat Perintis
Pada peringkat ini menawarkan potensi pulangan pelaburan yang tinggi tetapi risikonya juga tinggi. Keadaan ini disebabkan oleh kemungkinan syarikat gagal meneruskan kehidupannya adalah tinggi. Pelabur seharusnya mengelakkan dari melabur dalamsyarikat pada peringkat ini melainkan pelabur yang sanggup menanggung risiko yang tinggi.
ii. Peringkat Perkembangan
Pada peringkat ini syarikat mampu membayar dividen yang tinggi dengan kadar pertumbuhan yang sederhana. Peringkat ini merupakan masa terbaik untuk melabur kerana potensi syarikat untuk terus hidup telah dibuktikan dan risiko pelaburan telah dikurangkan.
iii. Peringkat Kematangan
Pada masa syarikat masih dapat mengekalkan keuntungan dan mampu membayar dividen yang tinggi tetapi kadar pertumbuhan yang lebih rendah. Peringkat ini juga menawarkan peluang pelaburan yang baik keran pelabur masih dijamin mendapat pulangan yang positif.
iv. Peringkat kejatuhan
Pada peringkat ini pelabur harus mengelakkan dari melabur kerana kemungkinan besar pelabur mengalami kerugian. Pelabur perlu mengenalpasti syarikat-syarikat yang berada pada peringkat ini.
Analisis Industri dari aspek analisis pusingan perniagaan.
i. Growth industries (Industri Pertumbuhan)
Industri yang mempunyai pertumbuhan perolehan dijangka yang melebihi purata semua industri secara ketara.
ii. Defensive industries (Industri Bertahan )
Industri yang kurang terjejas akibat kemelesetan atau kegawatan ekonomi atau lain-lain faktor yang menjejaskan ekonomi.
iii. Cyclical industry (industri berkitar)
Industri yang paling terjejas akibat turun naik pusingan perniagaan. Sudah menjadi kelaziman prestasi perniagaan dalam industri mengikut keadaan pusingan atau kitaran ekonomi secaraa keseluruhan. Bila ekonomi berkembang kebanyakan perniagaan menunjukkan prestasi yang baik. Begitu juga sebaliknya apabila ekonomi meleset kebanyak perniagaan juga menghadapi kemerosotan dalam prestasinya.
iv. Interest –sensitive industries (Industri yang sensitive terhadap kadar faedah).
Industri yang sensitive terhadap perubahan yang dijangka ke atas kadar faedah. Prestasi industri bergantung kepad perubahan kadar faedah di pasaran kerana perolehan syarikat amat berkait rapat dengan perubahan kadar faedah. Contohnya syarikat kewangan, perbankan dan syarikat-syarikat pelaburan.
v. Qualitative aspects of industry analysis.
Dari aspek kualitatif penilaian dibuat ke atas prestasi sejarah syarikat yang lepas. Perbandingan boleh dibuat ke atas perolehan yang lepas untuk tempoh beberapa tahun yang boleh memberikan tentang gambaran keupayaan syarikat mengendalikan perniagaan.
Kajian boleh juga dibuat ke atas kemampuan syarikat untuk bersaing di pasaran. Analisis perlu dibuat dari segi mencari kekuatan syarikat berbanding dengan pesaing yang lain seterusnya menentukan keduudukan syarikat di pasaran.
Pelaksanaan peraturan dan tindakan kerajaan perlu diambilkira bagi melihat kesannya dengan industri terlibat. Dalam banyak keadaan perubahan dalam dasar dan peraturan kerajaan boleh menjejaskan prestasi perolehan syarikat.
Satu lagi faktor ialah perubahan dalam struktur ekonomi Negara. Apabila kerajaan membuat perubahan dasar dalam perubahan struktur ekonomi misalnya dari ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian telah banyak memberikan impak samada positi atau negative kepada banyak industri.
vi. Penilaian ke atas prospek masa hadapan industri.
Prospek masa hadapan adalah penting untuk dijangka oleh pelabur. Ini disebabkan perolehan pelabur bergantung kepada prestasi syarikat dimasa hadapan. Keputusan pelabur pada hari ini dibuat berasaskan kepada jangkaan perolehan di masa hadapan. Dengan itu amat penting pelanur membuat unjuran atau jangkaan ke atas prospek masa hadapan syarikat atau industri.
Analisis Syarikat
Setelah mengkaji kedudukan ekonomi dan industri analisis perlu dibuat ke atas syarikat yang dipilih yang dijangka akan menunjukkan prestasi yang terbaik. Analisis syarikat dibuat dengan terperinci dari aspek dalaman dan luaran. Aspek dalaman perlu mengkaji struktur organisasi sebuah syarikat khususnya lembaga pengarah, bidang utama perniagaan, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat sekutu serta rekod perniagaan.
Rekod perniagaan hendaklah dilihat dengan membuat perbandingan dari tahun ke tahun atau antara syarikat dengan syarikat yang lain.Analisis secara kuantitatif dibuat menggunakan analisis nisbah.
Objektif akhir dalam analisis syrikat ialah mencari nilai intrinsic saham syarikat. Nilai intrinsic ini akan dibandingkan dengan nilai pasaran saham sebagai asas membuat keputusan pelaburan.
Dalam menentukan nilai intrinsic maklumat diperolehi dari penyata kewangan syarikat yang membekalkan data kewangan utama syarikat. Kunci Kira-kira pula menunjukkan kedudukan asset dan liability syarikat. Penyata pendapatan pula dapat menilai prestasi pengurusan dan menganggar keberuntungan syarikat pada masa hadapan. Maklumat seperti EPS amat berguna dan merupakan komponen utama dalam analisis sekuriti.
Bagaimanapun terdapat permasalahan dalam angka perolehan yang dilaporkan. Ini disebabkan angka EPS yang ditunjukkan bukansatu angka yang sedia untuk dibandingkan antara syarikat. Dalam penyediaan penyata kewangan terdapat pilihan dari segi amalan prinsip perakaunan yang diterima umum. Setiap kaedah yang digunakan akan memberikan perolehan yang berbeza dan akhirnya memberikan nilai EPS yang berbeza.
Terdapat 2 perkara penting yang mesti dipertimbangkan dalam proses analisis fundamental.
i. EPS ialah kunci kepada perubahan harga masa hadapan saham. Saham-saham yang mempunyai perubahan perolehan yang besar berkemungkinan besar mengalami perubahan harga yang besar samada positif atau negative.
ii. Kadar pertumbuhan perolehan tidak mudah untuk diramal. Pelabur tidak boleh menggunakan pertumbuhan EPS yang lepas untuk meramal pertumbuhan di masa hadapan.
Analisis Teknikal
Definisi
Analisis Teknikal merupakan analisis pasaran agregat dan saham individu dengan menggunakan data asas pasaran yang telah diterbitkan di pasaran seperti harga-harga saham , indeks pasaran, bilangan/volum saham yang diurusniagakan, petunjuk-petunjuk pasaran/teknikal dan sebagainya.
Objektif Analisis Teknikal untuk melihat pergerakan harga berasaskan masa bagi meramal pergerakan harga jangkapendek. Ramalan ini berasaskan kajian pasaran ke atas saham melalui analisis data harga dan volumsaham. Ahli-ahli teknikal lebih menekankan perubahan harga berbanding paras harga. Mereka beranggapan asdalah sukar untuk menganggar nilai intrinsic sesuatu saham dan tidak mungkin untuk mendapat analisis maklumat secara konsisten.
Teori dan Andaian
i. Harga pasaran saham hanya ditentukan oleh interaksi antara kuasa permintaan dan penawaran.
ii. Kuasa penawaran dan permintaan dipengaruhi oleh pelbagai faktor sentiment pasaran samada rasional atau tidak.
iii. Harga-harga saham berkecenderungan untuk bergerak dalam suatu arah yang boleh ditentukan.
iv. Haluan perubahan disebabkan oleh peralihan interaksi antara kuasa penawaran dan permintaan akhirnya boleh dikesan dalam reaksi pasaran itu sendiri.
Teori Dow
Teori Dow telah dicipta oleh Charles H. Dow pada tahun 1921. Ia merumuskan bahawa harga saham di pasaran secara keseluruhan tidak bergerak secara rambang tetapi dipengaruhi oleh tiga kitaran dan pergerakan harga iaitu:-
i. Pergerakan Primer
Pergerakan harga berkitar selama beberapa tahun iaitu seawall-awalnya setahun dan selewat-lewatnya tiga tahun. Ia melibatkan tempoh jangka masa yang panjang . Biasanya perkembangan arah meningkat adalah lebih lama dari perkembangan arah menurun. Pergerakan ke atas menunjukkan pasaran ‘bull’ dan pergerakan arah ke bawah menunjukkan pasaran ‘bear’
ii. Pergerakan sekunder
Pergerakan sekunder berkitar selama beberapa bulan iaitu seawall-awalnya enam minggu dan selewat-lewatnya enam bulan. Ia bertindak sebagai kuasa yang memperbaiki sisihan yang berlaku dalam kitaran primer. Ia muncul kerana berlaku pembetulan dalam kitaran primer ekoran dari kejatuhan harga semasa pasaran menjulang atau kenaikan harga semasa pasaran menjunam.
iii. Pergerakan Kecil/Harian
Pergerakan harian adalah berlaku secara random atau rawak. Ia berkitar selama beberapa jam hingga beberapa hari sahaja. Kesan kitaran tidak begitu dirasai oleh pelabur kerana jangkamasa yang cukup singkat dan tiada kepenmtingan kepada ahli-ahli teknikal dalam membuat ramalan.
Penunjuk Pasaran
i. The Advance Decline Line (Garis Turun Naik)
Garis Turun Naik ialah merupakan perbezaan bersih antara bilangan saham-saham yang mengalami kenaikan harga dengan bilangan saham-saham yang mengalami penurunan harga iaitu dengan menolakkan bilangan saham yang naik dengan bilangan saham yang turun harga. Pengiraan ini dibuat menggunakan data secara kumulatif atau terkumpul. Hasil yang diperolehi akan diplot bagi membentuk garisan secara harian atau mingguan. Garisan ini dibandingkan dengan garisan purata saham untuk menunjukkan samada pergerakan penunjuk pasaran ini juga dialami oleh pasaran.
Biasanya kedua-dua garisan bergerak dalam arah yang sama. Jika kedua-duanya menaik menunjukkan pasaran adalah kuat manakala jika sebaliknya menunjukkan pasaran adalah lemah.
Jika garis turun naik menaik manakala garisan purata menurun maka garisan purata akan naik dengan sendirinya mengikut arah garis turun naik. Jika garisan purata menaik manakala garis turun naik menurun maka garisan purata akan menurun dan diikuti dengan pasaran akan menurun .
ii. Purata Bergerak (Moving Average)
Purata Bergerak dikira secara penentuan bilangan harga penutup seperti purata untuk 200 hari, 30 minggu dan sebagainya. Pengiraan yang baru dibuat dengan menambah 1 hari dan menggugurkan 1 hari yang pertama hingga seterusnya. Pengiraan ini dibuat berulang-ulang dan angka-angka diplot bagi membentuk garisan purata bergerak. Purata bergerak dibandingkan dengan harga pasaran untuk membuat keputusan samada beli atau jual.
iii. Harga Tinggi rendah Yang Baru (New Highs And Lows)
Penunjuk pasaran ini dapat menunjukkan gambaran samada pasaran bullish atau bearish . Pasaran dianggap bullish jika terdapat bilangan saham yang menunjukkan harga tertinggi yang baru secara signifikan selama 52 minggu. Sebaliknya pasaran adalah lemah sekiranya hanya terdapat beberapa saham sahaja yang menunjukkan harga tertinggi yang baru.
iv. Volum Urusniaga
Penunjuk pasaran ini juga dapat menunjukkan gambaran pasaran bullish atau bearish. Volum urusniaga yang tinggi secara keseluruhannya menunjukkan pasaran adalah bullish. Kedaan ini bertambah kuat jika diikuti dengan peningkatan harga.
v. Kecairan Dana Amanah Mutual
Formula yang digunakan ialah (tunai + asset hampir tunai) / (Jumlah asset)
Kedaan pasaran mempunyai perhubungan secara langsung dengan nisbah kecairan ini. Semakin tinggi nisbah kecairan maka pasaran adalah bullish. Nisbah kecairan yang tinggi menunjukkan potensi kuasa beli yang tinggi dan kesannya harga saham akan naik. Sebaliknya jika nisbah kecairan adalah rendah potensi kuasa bel;I juga rendah dan kesannya pasaran kan jatuh.
vi. Nisbah Kedudukan Pandak (Short Interest Ratio)
Formula yang digunakan ialah (Jumlah saham yang dijual singkat)/(Purata jualan harian)
Mengikut pendapat ahli teknikal jika nisbah kedudukan pandak adalah tinggi menunjukkan pasaran adalah bullish. Ini disebabkan bilangan saham yang dijual singkat adalah tinggi dan kesannya belian semula saham adalah tinggi. Keadaan ini menunjukkan permintaan ke atas saham adalah tinggi dan menyebabkan harga saham akan naik dan pasaran menjadi bullish.
bagaimanapun pendapat ini bertentangan dengan pendapat pelabur iaitu jualan singkat berlaku kerana pelabur meramal harga saham akan jatuh.
vii. Pendapat Berlawanan (Contrary Opinion)
Pendapat berlawanan merupakan tindakan pelabur yang bertentangan arah tindakan kebanyakan pelabur-pelabur. Misalnya jika terdapat ramai pelabur yang membeli saham A, seorang pelabur seharunya bertindak untuk menjual saham tersebut. Sebaliknya jika terdapat ramai pelabur menjual saham A, seorang pelabur seharusnya bertindak untuk membeli saham tersebut.
Carta
i. Carta Bar
Carta bar disediakan dengan memplot harga saham harian berbanding masa. Setiap hari pergerakan harga saham dilukis secara menegak di mana bahagian atas menunjukkan harga tertinggi,; bahagian bawah menunjukkan harga terendah manakala satu garis mendatar yang ditandakan menunjukkan harga penutup. Bahagian bawah carta bar menunjukkan volum jualan setiap hari. Ahli Teknikal menggunakan carta bar untuk melihat pola carta dan digunakan bagi mengunjurkan pergerakan harga dimasa hadapan.
ii. Carta poin dan Figur
Carta ini disediakan dengan memplot harga-harga saham yang mengalami perubahan harga yang signifikan. Volum urusniaga tidak ditunjukkan dalam carta. Garis mendatar menunjukkan masa tetapi masa mengikut calendar tidak penting. Simbol ‘X’ dan ‘O’ digunakan di atas carta. Tanda ‘X’ menunjukkan pergerakan harga ke atas. Tanda ‘O’ menunjukkan pergerakan harga ke bawah. Setiap tanda ‘X’ atau ‘O’ mewakili nilai RM 1, RM 2 , RM 5 dan sebagainya bergantung kepada nilai perubahan harga saham berkenaan. Tanda ‘X’ dan ‘O’ hanya direkod bila pergerakan harga pada jumlah tertentu.
iii. Kekuatan Relatif
Kekuatan relative merupakan nisbah harga saham dengan indeks pasaran atau industri atau nisbah harga saham dibandingkan dengan purata harga saham berkenaan. Nisbah ini diplot berbanding dengan masa. Garisan ini menunjukkan kekuatan saham berbanding dengan asas yang dipilih seperti industri, pasaran dan sebagainya.
Hipotesis Pasaran Cekap
3.8.1 Definisi
Hipotesis Pasaran Cekap ialah pasaran dimana harga-harga sekuriti digambarkan sepenuhnya oleh semua maklumat yang diketahui dengan cepat dan tepat.Ia merupakan kunci kepada penentuan harga-harga saham di pasaran.
3.8.2 Keadaan –Keadaan Yang Mewujudkan Pasaran Cekap
i. Terdapat ramai pelabur yang rasional serta bertujuan memaksimumkan untung danbertindak secara aktif dalam pasaran. Ini bererti tindakan seorang pelabur dalam padsaran tidak boleh mempengaruhi harga saham di pasaran.
ii. Maklumat boleh diperolehi secara percuma, didapati secara meluas dan serentak. Ini bermakna tidak ada kos bagi mendapatkan maklumat . Begitu juga maklumat diperolehi dengan mudah tanpa ada sebarang sekatan atau syarat yang menyukarkan seseorang mendapatkan maklumat. Maklumat seharusnya diterima oleh semua pelabur tanpa ada perbezaan masa iaitu maklumat diperolehi pada mwsa yang sama oleh semua pelabur.
iii. Maklumat dijanakan secara rawak dimana pengumuman dibuat secara bebas. Ini bermakna semua pengumuman yang dibuat oleh syarikat hendaklah dilakukan apabila ia perlu tanpa ada kaitan dengan pengumuman oleh syarikat-syarikat lain. Contohnya sekiranya pada masa tertentu syarikat menunjukkan prestasi yang baik atau meningkat maka pengumuman mengenai peningkatan prestasi tersebut hendaklah dibuat .
iv. Pelabur betindak dengan cepat dan sepenuhnya terhadap maklumat baru yang masuk di pasaran dan menyebabkan harga saham diselaraskan dengan cepat selari dengan maklumat baru.
Jenis-Jenis Maklumat
Maklumat adalah kunci dalam penentuan harga saham. Fama (1970) membahagikan maklumat kepada 3 jenis iaitu :-
i. Maklumat Masa Lepas
Ini adalah maklumat yang relevan kepada penilaian saham dengan menganalisis data harga pasaran lepas.
ii. Maklumat Awam
Ini adalah maklumat mengenai sesuatu syarikat, industri dan ekonomi dubia yang boleh diperolehi melalui pengumuman awam.
iii. Maklumat Dalaman
Ini adalah maklumat yang hamya dimiliki oleh segelintir individu yang mempunyai kedudukan dalam sesebuah syarikat.
Bentuk-Bentuk Pasaran Cekap
i. Bentuk Lemah
Ia menyatakan harga-harga saham pada masa kini telah mencerminkan semua maklumat harga saham yang lepas.
ii. Bentuk Separa Kuat
Ia menyatakan bahawa harga-harga saham menggambarkan semua maklumat yang telah wujud atau diketahui umum . Maklumat ini termasuk harga-harga saham, laporan-laporan perakaunan , data ekonomi, pengumuman perolehan syarikat dan lain-lain maklumat yang relevan kepada pelabur dalam penilaian sebuah syarikat.
iii. Bentuk Kuat
Ia menyatakan bahawa harga-harga saham menggambarkan semua maklumat samada yang telah diumumkan atau masih belum diumumkan. Ini bermakna maklumat yang masih belum diumumkan juga boleh diserap oleh pasaran seperti yang ditunjukkan oleh harga pasaran saham.