Sunday, February 7, 2010

CHAPTER 7 : REGULATORY BODIES


Tajuk 7 – Badan-Badan Pengawalseliaan

7.1 Pengenalan
Industri sekuriti di Malaysia ditadbir oleh akta parlimen berikut:-

i. Akta Perindustrian Sekuriti (Securities Industry Act) 1983
ii. Akta Pendepositan Pusat (Securities Industry (Central Depositories Act) 1991)
iii. Akta Suruhanjaya Sekuriti (Securities Comission Act ) 1993
iv. Akta Syarikat (Companies Act) 1965
v. Akta Industri ‘Futures’ 1993 (Futures Industry Act 1993)
vi. Akta Industri Pesisiran Labuan 1995 (Labuan Offshore Securities Industry Act 1995)

Badan pengawalseliaan berikut adalah bertanggungjawab dalam menyelia dan mengurus industri sekuriti di Malaysia.

i. Suruhanjaya sekuriti (Securities Cimission/SC)

Ia ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 bertujuan untuk membekalkan peraturan dan menasihati menteri Kewangan mengenai semua perkara-perkara berkait dengan kontrak-kontrak industri sekuriti dan futures.Antara fungsi-fungsinya adalah seperti berikut:-

• Menyelia pasaran, rumah penjelasan dan pendepositan pusat.
• Pendaftaran prospectus syarikat-syarikat .
• Meluluskan penerbitan bon korporat.
• Meguruskan semua perkara-perkara berkaitan dengan kontrak hadapan dan sekuriti.
• Menguruskan pengambil alihan dan penggabungan syarikat-syarikat.
• Menguruskan semua perkara-perkara berkaitan dengan skim unit amanah.
• Menguruskan pelesenan dan menyelia lesen orang-orang yang mempunyai lesen.

• Menggalakkan ‘self-regulation’
• Mempastikan pengendalian yang betul ke atas institusi pasaran dan orang-orang yang mempunyai lesen.

SECURITIES COMMISSION

The Securities Commission or better known as SC, was set up in 1993 under the Securities
• Commission Act 1993. This statutory body is self-funded and it is entrusted with investigative as well as enforcement powers.
• The objective of this commission is to regulate and systematically develop the capital market in Malaysia. Besides this, the SC is also entrusted with the responsibility of protection of investors. The Securities Commission comes under the jurisdiction of the Minister of Finance.
• The functions of the Securities Commission are as follows:
1. Registration of prospectuses of firms engaging in initial public offerings or IPOs.
2. Supervision of the following institutions:
(a) Stock exchange
(b) Clearing houses
(c) Central depositories.
3. Approval of private debt securities (PDS) issues.
4. Regulation of all matters relating to:
(a) Securities and futures contracts and options
(b) Mergers and acquisitions
(c) Units trusts.
5. Licensing, supervision and ensuring the proper conduct of all licensed persons relate to the capital market such as brokers and remisiers.
6. Ensure the proper conduct of institutions in the securities market, unit trusts markets etc.

ii. Pendaftar Syarikat (Registrar of Companies/ROC)

Ia bertanggungjawab dalam mentadbir pelaksanaan Akta Syarikat 1965.

iii. Jawatankuasa pelaburan asing (Foreign Investment Committee/FIC)

Ia berfungsi dalam melaksanakan garispanduan kerajaan ke atas perturan-peraturan dalam perolehan asset atau kepentingan, penggabungan atau ambilalih syarikat dan perniagaan serta bertanggungjawab ke atas isu-isu penting dalam pelaburan asing.

iv. Bursa Saham Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Stock Exchange/KLSE)

Ia merupakan organisasi yang mempunyai peraturannya sendiri serta mempunyai memorandum and articles of association’ yang tersendiri. Ia mentadbir pengendalian urusniaga sekuriti oleh ahli-ahlinya. Ia juga bertanggungjawab dari segi pengawasan pasaran dan penguatkuasaan keperluan penyenaraian

Bursa Malaysia Berhad
Corporate Historical Highlights
1870 - Initial trading of shares
1960 - Malayan Stock Exchange
1965 - Stock Exchange of Malaysia and Singapore (SEMS)
1973 - SEMS – The KLSE and The SES
1989 - SCORE Trading System
1998 - Acquisition of KLOFFE
2000 - Offshore exchange launched (LFX)
2001 - Consolidation of derivatives exchanges completed (KLOFFE + COMMEX = MDEX)
2002 - Consolidation of stock exchanges completed (MESDAQ merged with KLSE)
2004 - KLSE become a public company limited by shares – Bursa Malaysia
2005 - Listing of Bursa Malaysia – 18 March 2005 and is now listed on its own exchange.


7.2 Bahagian IX Akta Perindustrian Sekuriti 1983
(Urusniaga Yang Dilarang)

i. Transaksi Perdagangan Palsu Dan Penipuan Dalam Pasaran.
Seseorang telah mewujudkan suatu rupa yang palsu atau mengelirukan sebagai memperdagangkan sekuriti dalam pasaran jika:-
- telah melaksanakan transaksi yang tidak melibatkan apa-apa pertukaran dalam keupyaan atau kemilikansekuriti.
- Membuat suatu tawaran untuk menjual apa-apa sekuriti dengan harga tertentu.

ii. Manipulasi Pasaran Saham
Seseorang tidak boleh melaksanakan atau mengambil bahagian samada secara langsung atau tidak dalam apa-apa transaksi yang mungkin mempunyai kesan ke atas :-

- Kenaikan
- menurunkan atau
- mengekalkan harga sekuriti berkenaan.

iii. Pernyataan dan lain-lain yang palsu atau mengelirukan
Seseorang tidak boleh membuat suatu perbyataan atau menyebarkan maklumat yang palsu atau mengelirukan dalam satu butir yang material yang boleh mendorong orang lain untuk berurusan atau boleh memberi kesan ke atas kenaikan, penurunan atau pengekalan harga pasaran sekuriti.

iv. Mendorong orang-orang berniaga sekuriti secara fraud (menipu)
Seseorang tidak boleh ;
- membuat atau menerbitkan apa-apa pernyataan, janji atau telahan yang mengelirukan , palsu atau memperdaa.
- menyembunyikan fakta material secara curang (tidak jujur).

v. Penggunaan peranti manipulasi dan memperdaya

Adalah menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang yang ada kaitan secara langsung atau tidak dengan transaksi mana-mana sekuriti dengan tujuan :-
- untuk menggunakan apa-apa peranti, muslihat atau tipu daya untuk menipu.
- untuk melibatkan diri dalam perbuatan, amalan atau perjalanan operasi sebagai penipuan atau memperdaya orang lain.
- untuk membuat kenyataan tak benar atas fakta material atau menyembunyikan fakta material.

vi. Penyebaran maklumat berkenaan degan transaksi haram
Seseorang tidak boleh mengedarkan atau menyebarkan apa-apa pernyataan atau maklumat yang bermaksud menaikkan, menurunkan atau pengekalan harga sekuriti.

vii. Liabiliti sivil bagi perlanggaran kesalahan di atas
Seseorang yang telah melakukan kesalahan di tas dan telah menyebabkan orang lain mengalami kerugian adalah bertanggungan ke atas kerugian tersebut.

7.3 Peranan Bursa saham kuala Lumpur (Bursa Malaysia)

i. Membekalkan kemudahan urusniaga pasaran saham, menyelia dan mengawal kemudahan.
ii. Mempromosi dan melindungi kepentingan serta kebajikan ahli-ahli Bursa Saham.
iii. Mempunyai kuasa untuk pelaksanaan undang-undang yang melibatkan ahli-ahli syarikat di bursa saham dan bertindak sebagai penyelesai masalah di kalangan ahli-ahli (oleh jawatankuasa pasaran)
iv. Membentuk prinsip-prinsip keadilan dalam pasaran sekuriti.
v. Menggubal dan meminda ke atas peraturan-peraturan yang melibatkan ahli syarikat dan urusniaga yang dilakukan nya dari semasa ke semasa.
vi. Menyediakan perkhidmatan kepada pelabur-pelabur dan mempromosikan minat mereka dalam pasaran sekuriti.
vii. Mempromosi industri sekuriti dan perdagangan Malaysia serta menambahkan kemudahan-kemudahan yang berkaitan.
viii. Menyediakan dan bertindak ke atas keperluan-keperluan penyenaraian dan menjaga kebajikan syarikat-syarikat tersenarai .
ix. Membentuk satu polisi pengawal-seliaan pasaran dan pendedahan korporat.


7.4 Peraturan Urusniaga di Bursa Saham Kuala Lumpur (Bursa Malaysia)

i. Penyelesaian dan penjelasan antara ahli-ahli mesti melalui rumah penjelasan iaitu institusi yang dilantik oleh Bursa saham.
ii. Urusniaga boleh dibuat ke atas sekuriti berikut :-

a) Sekuriti yang disebutharga dalam senarai rasmi BSKL.
b) Bil perbendaharaan, pinjaman, sekuriti jangka pendek dan lain-lain sekuriti yang diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dan lain-lain Negara.
c) Saham amanah yang dikendalikan di Malaysia.
d) Lain-lain sekuriti tidak dibenarkan diurusniaga sehingga telah mendapat persetujuan dari BSKL secara rasmi.

iii. Senarai rasmi BSKL hendaklah terdiri dari semua sekuriti yang telah memenuhi keperluan penyenaraian.
iv. Jawatankuasa BSKL boleh mengumumkan mana-mana sekuriti tersenarai sebagai ‘designated securities’ dimana telah berlaku manipulasi atau spekulasi yang berlebihan. Jawatankuasa boleh meminta semua ahli syarikat untuk membekalkan semua butiran/maklumat ke atas semua kontrak-kontrak ‘outstanding’, urusniaga dan transaksi berkaitan dalam tempoh 24 jam.
v. Dalam kes terdapat hanya ada satu kumpulan yang mengawal /membeli mana-mana sekuriti yang menyebabkan kontrak-kontrak yang ada tidak boleh diselesaikan kecuali pada harga dan syarat yang diminta oleh kumpulan ini; jawatankuasa mempunyai kuasa untuk :-

a) Menunda masa penghantaran pada satu masa yang ditentukan oleh jawatankuasa.
b) menunda penghantaran sehingga tindakan selanjutnya diambil oleh jawatankuasa.
c) mengumumkan kontrak diselesaikan dengan pembayaran dan bukan penghantaran.

7.5 Ahli-ahli BSKL

Di Malaysia urusniaga dalam sekuriti hanya dilakukan oleh ahli-ahli syarikat atau syarikat broker saham.
Syarikat Broker saham terdiri dari :-

i. Syarikat Persendirian (private) dan
ii. Syarikat awam
iii. Keahlian BSKL terdiri dari :-

a. ‘Voting Members’ iaitu ahli syarikat BSKL.
b. ‘Non-voting members’ iaitu pemegang saham dan pengarah syarikat ahli.

Non-voting members terdiri dari :-

i. ‘Dealing members’ iaitu seorang pengarh eksekutif syarikat ahli yang memegang lessen wakil jualan.
ii. ‘Non-dealing members’ iaitu samada seorang pemegang saham syarikat korporat atau individu atau seorang pengarah bukan eksekutif sebuah syarikat ahli yang telah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan oleh BSKL.

7.6 Sistem Pendepositan Pusat (CDS)

CDS merupakan system penjelasan dan penyelesaian sekuriti secara berkomputer. Semua skrip saham fizikal disimpan dalam bentuk ‘jumbo certificates’ yang diuruskan oleh Malaysian Central Depository Sdn. Bhd. (MCD)

Objektif utama CDS ialah :-

i. Menubuhkan dan mengendalikan satu system pemusatan pengurusan sekuriti.
ii. Menambah kapasiti penjelasan dan penyelesaian sekuriti.
iii. Mengurangkan kos dan risiko penyelesaian sekuriti.
iv. Meningkatkan kecairan dan kecekapan pasaran modal Malaysia.
v. Mempromosikan kemampuan pasaran saham Malaysia dengan mematuhi piawaian antarabangsa terkini untuk penjelasan dan penyelesaian sekuriti.

Kebaikan CDS:-

a) Kepada pelabur

i. Tiada risiko kehilangan, tersalah letak atau pemalsuan skrip.
ii. Tiada masalah penghantaran dan pengambilan skrip dari atau kepada broker.
iii. Tidak perlu menghantar sijil-sijil untuk pendaftaran (berlaku secara automatic).
iv. Menjinatkan masa, yuran pendaftaran dan duti stem.

b) Kepada syarikat broker saham

i. Menghapuskan kesilapan manusia dalam menguruskan volum skrip yang besar secara fizikal.
ii. Menjimatkan ruang pejabat dan tenaga kerja yang akhirnya mengurangkan kos operasi.
iii. Kecekapan yang lebih baik dalam menyelesaikan masalah risiko.
iv. Pengurangan dalam menyelesaikan masalah risiko.
v. Pengurusan volum perniagaan yang lebih besar.

c) Kepada Syarikat-Syarikat Tersenarai dan Pendaftar Syarikat

i. Penjimatan kos pendaftaran.
ii. Kecekapan dari segi mengemaskini pengetahuan/maklumat.
iii. Sistem pendaftaran secara automatic.

d) Kepada bank-bank

i. Menjimatkan tenaga kerja dan ruang untuk tujuan pemprosesan dan penyimpanan skrip.
ii. Menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan kemudahan cagaran kepada pelanggan melalui CDS.

7.7 Kuala Lumpur Options And Financial Futures Exchange (KLOFFE)

KLOFFE ialah bursa elektronik sepenuhnya yang beroperasi secara besepadu antara urusniaga dan system penjelasan. Sistem ini dikenali sebagai KLOFFE automated Trading System. Ia ditubuhkan untuk membekalkan produk berbentuk derivative seperti futures dan opsyen. Tujuannya ialah untuk membukan peluang-peluang baru yang lebih canggih bagi menghasilkan pengurusan portfolio yang lebih berkesan.

Badan-badan yang mengawalselia industri ini ialah :-

i. Kemeterian Kewangan
ii. Suruhanjaya Sekuriti (Securities Comission).

KLOFFE terikat dengan ‘Futures Industry act 1993’ atau ‘Futures Industry (Amendment) Act 1995’ yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti. Suruhanjaya Sekuriti ditubuhkan di bawah ‘securities Comission Act 1993’ yang bertujuan untuk mengendalikan dan memantau industri futures dan sekuriti.

Suruhanjaya Sekuriti juga bertanggung jawab dalam mengeluarkan lesen kepada :-

i. Broker futures dan wakilnya.
ii. Penasihat urusniaga futures dan wakilnya.
iii. Pengurus dana futures dan wakilnya.

KLOFFE mempunyai peraturan dan undang-undangnya sendiri dari aspek :-

i. Keahlian kepada KLOFFE.
ii. Pentadbiran KLOFFE.
iii. Perhubungan antara ahli-pelanggan.
iv. Amalan-amalan urusniaga.
v. Definisi produk yang diurusniaga dan spesifikasi produk ini.